Menemukan Nilai-Nilai Keadilan Ilahi di Balik Tabir Azab

Kerana kezaliman itulah, azab turun. Oleh itu, saya mengajak pecinta hakikat Alquran dan Sunnah mengenalpasti makna kezaliman sebelum menjawab soalan-soalan yang terkait rapat dengan tajuk di atas.

Kezaliman (الظُّلْمُ) dan kegelapan (الظُّلْمَةُ) kata terbitan dari akar kata yang sama (Faeruz Abâdî. (1980). Pg. 4/143). Ini menjadi tanda bahwa kezaliman itu menyesatkan kerana penuh dengan kegelapan. Kezaliman tidak mungkin terjadi, kecuali hati telah buta. Jika hati buta, yang terang jadi gelap, yang hak jadi batil, dan yang diharamkan jadi halal. Tidak ada lagi arti batasan-batasan syariat bagi mereka. Yang penting sesuai dengan kamus kezaliman adalah pemenuhan nafsu biadab yang melahirkan kebahagiaan semu di atas penderitaan orang lain yang dizalimi.

Kehidupan mereka penuh dengan kegelapan. Itu terlihat dari raut muka yang pucat, salah satu indikasi dari perasaan yang kalut, hati yang tertutup dan masa depan yang suram.

Telaah bahasa kezaliman ini disimpulkan Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Shahih Bukhari (1422 H). Pg. 3/129. No. hadits: 2447) berikut ini:

(الظُّلْمُ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ القِيَامَةِ).

“Kezaliman mendatangkan pelbagai bentuk kegelapan di akhirat.”

Al-Qadhi Ayyâdh dalam menjelaskan makna hadits ini berkata:

“Hadits ini punya ruang interpretasi yang sangat luas, ia dapat dimaknai dengan makna lahiriah, maka kegelapan dalam hal ini berarti kegelapan yang menimpa orang zalim di hari kiamat, sehingga dia tidak mendapatkan petunjuk. Di lain sisi, cahaya orang-orang beriman memberikan sinar terhadap mereka di pelbagai arah, tentunya ini siksaan maknawi terhadap mereka, itu kerana mereka hanya bisa gigit jari melihat kenikmatan surgawi yang menyelimuti kebahagiaan ukhrawi orang-orang beriman. Oleh itu, ianya boleh diartikan juga dengan hukuman dan penyiksaan maknawi (An-Nawawi. (1392 H). Pg. 16/134).

“Kenapa satu kezaliman mendapatkan balasan hukum yang begitu pedih? Bukankah yang adil itu jika satu kezaliman dibalas dengan satu ganjaran pula?”

Untuk soalan ini, saya mengajak Anda mencerna ilustrasi ganjaran kezaliman berikut ini:

Orang yang menampar saudara seiman telah melakukan kezaliman ganda, bukan hanya kerana ia menampar, tetapi ia zalim kerana melanggar ajaran Islam yang memerintahkan umat untuk saling memuliakan. Ia zalim kerana telah menodai pandangan orang-orang beriman yang tidak sanggup melihat pelbagai bentuk kezaliman, bukan hanya mereka, tetapi semua makhluk hidup yang berada di sekitar orang yang terzalimi, dari hewan, tumbuhan, bahkan eter. Mereka tidak kuat melihat kezaliman. Bukankah mereka tercipta untuk menyebarkan simfoni kedamaian, dan lagu cinta antara sesama? Ia zalim kerana telah menginjak-injak kehormatan saudara sendiri di depan massa, tindakan yang tidak dapat diterima semua orang. Bukankah kehormatan diri tempatnya di atas, tidak tercipta untuk diinjak dan diludahi? Ia zalim kerana membuat harga diri keluarga yang terzalimi menjadi hina dan malu. Bukankah keinginan setiap orang melihat anggota keluarga mereka dimuliakan dan ditempatkan pada posisi yang wajar? Ia zalim kerana menciptakan dendam membara di lubuk hati yang terzalimi, bukan hanya itu, ia juga menanamkan api amarah yang berkecamuk di mata keluarganya. Bukankah kezaliman pintu utama terciptanya penumpahan darah? Ia zalim kerana mengabaikan hak silaturahim antara sesama. Di sana masih ada kezaliman terselubung. Sila Anda hitung dan jadikan hitungan tersebut pemicu bagi Anda untuk menjauhi kezaliman! Kiaskanlah kezaliman ini terhadap bentuk kezaliman lain! Semuanya melukiskan satu hakikat dan makna!”

Lukisan makna dan hakikat di atas telah disuarakan oleh Said Nursi (2011). Pg. 3/112) berikut ini:

“Setan dan pengikutnya mampu melakukan kehancuran secara luas dan beramai hanya dengan perilaku sederhana. Itu terjadi kerana mereka mengikuti kesesatan, sehingga perilaku sederhana tersebut dapat mendatangkan kerugian besar terhadap hak-hak orang lain. Ini dapat dicontohkan seperti orang yang melubangi kapal dagang yang ditumpanginya, sehingga dengan kezaliman itu, ia mencegah semua penumpang untuk menuai jerih payah halal mereka dengan tenggelamnya kapal. Olehnya itu, pemilik kapal berhak bahkan berkewajiban memberikan ancaman dan hukuman berat terhadapnya dengan mengatasnamakan semua penumpang yang dirugikan oleh ulah kezaliman tersebut.

Jika perihal manusia seperti ini, maka perihal Allah S.W.T tidak jauh beza. Dia memberikan ancaman yang sangat menakutkan dan menyediakan siksaan yang sangat pedih terhadap orang-orang zalim kerana mereka telah melanggar hak-hak semua makhluk hidup.”

Pernyataan tegas ini tafsiran maknawi terhadap ayat yang menafikan kecintaan Allah terhadap orang-orang zalim.

)وَاللَّهُ لاَ يُحِبُّ الظَّالِمِينَ(. (Q.S. Ali-Imran [3]: 57, 140)

)إِنَّ اللَّهَ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ(. (Q.S. Al-Maidah [5]: 87)ـ

Jika Anda bertanya, “Benarkah azab dan pahala lebih berganda di tanah haram, berbanding di tempat lain?”

Sebelum menjawab soalan ini, amatlah baik jika terlebih awal mengenalpasti makna tanah haram itu sendiri.

Al-haram jika disebut secara umum di Alquran dan Sunnah, ianya diartikan dengan tanah Haram Mekah. Ketahuilah! Amatlah penting mengenalpasti batas-batas tanah haram kerana ianya terkait rapat dengan banyak hukum. (An-Nawawi. (n.d). Pg. 3.82) Berikut ini tapal batas Tanah Haram saat ini:

  • Arah barat: Jalan Jeddah–Mekah di Asy-Syumaisi (Hudaibiyah), yang berjarak 22 km dari Ka`bah.
  • Arah selatan: Di Idha`ah Liben (Idha`ah: tanah;Liben: nama bukit), jalan Yaman–Mekah dari arah Tihamah; berjarak 12 km dari Ka`bah.
  • Arah timur: Di tepi Lembah `Uranah Barat, berjarak 15 km dari Ka`bah.
  • Arah timur laut: Jalan menuju Ji`ranah, dekat dengan daerah Syara`i Al-Mujahidin, berjarak 16 km dari Ka`bah.
  • Arah utara: Batasnya adalah Tan`im; berjarak 7 km dari Ka`bah (Shafiyurahman Al-Mubarkafuri,(1426 H). Pg. 167).

Selain itu, terdapat perbezaan antara Tanah Haram dan Masjid Haram. Seperti yang dihuraikan Ibn al-Qayyim (). Pg. 1/400) bahwa Masjid Haram di al-Qur’an memiliki tiga pengertian: Baitullah sendiri (Ka’bah), Masjid Haram dan sekitarnya dan Tanah Haram.

An Nawawi (n.d). Pg. 3/189) di al-Majmu’ menambahkan opsyen keempat, iaitu Mekah.

Di pelbagai literatur sejarah kota Mekah, orang yang pertama kali meletakkan batas Tanah Haram adalah Nabi Ibrahim A.S. Beliau memasang tapal batas dengan dipandu Malaikat Jibril. Tapal batas ini tidak pernah diubah atau dikacau sampai zaman Rasulullah S.A.W. Ketika Fathu Mekah (penaklukan kota Mekah), Nabi S.A.W mengutus Tamim bin Asad Al-Khuza`i untuk memperbaharui tapal batas tersebut. Sampai akhirnya, di zaman kekhalifahan Umar bin Khattab R.A, beliau memerintahkan empat orang Quraish untuk memperbaharui tapal batas tersebut. Saat ini, tapal batas itu, dipasang dalam bentuk gapura besar di jalan-jalan utama menuju kota Mekah (Al-Azraqi. (n.d). Pg. 2/129).

Terkait soalan di atas, memanglah benar jika dikatakan bahwa azab dan pahala lebih berganda di tanah haram, berbanding di tempat lain. Itu kerana keistimewaan khusus Tanah Haram sahaja yang tidak dimiliki tempat lain. Jika pahala ibadah dilipatgandakan di Tanah Haram, hisab kezaliman pun seperti itu. Ini berdasarkan hadits Abu Hurairah R.A bahwa Rasulullah S.A.W bersabda:

عَنِ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ مِنَ الْمَسَاجِدِ، إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ).

“Shalat di mesjidku lebih mulia dari seribu shalat di lain tempat dari masjid-masjid yang ada, kecuali masjid Haram.” (Hadits Riwayat Ahmad. (2001). Hadits no. 10015. Pg. 16/70) dengan sanad yang baik)

Oleh itu, sesiapa yang berniat buruk, ianya pun akan direkod buruk di buku amal harian, meski ia tidak melaksanakannya (Ibn Katsir. (1999). Pg. 5/409).

Ini selari dengan hadits mawquf Abdullah bin Mas’ud R.A yang disahkan sanadnya oleh Ibn Katsir sendiri. (1999). Pg. 5/411) yang mengatakan,

“Seandainya seseorang berniat melakukan kezaliman di Masjid Haram, meskipun dia berada di Adan (sebuah kota terkenal di dekat pintu masuk laut merah), pastilah Allah S.W.T akan mengazabnya dengan azab pedih (Ibn Abi Hatim. (1419 H). Pg. 8/2483).

Jika Anda bertanya, “kenapa seperti itu, bukankah niat buruk yang tidak terlaksana tidak terekod di buku amal harian?”

Untuk menjawab soalan ini, saya mengajak Anda menyelami kedalaman tafsir Syekh Sya’rawi (n.d). Pg. 16/9773) berikut ini,

“Jika terjadi sesuatu kezaliman di Baitullah, ianya terhitung jenayah besar. Itu kerana Anda pada saat itu berada di rumah Tuhanmu (Ka’bah). Oleh itu, wajib bagimu untuk merasa malu meskipun yang berkecamuk itu hanyalah desir kata hati yang ingin memperdaya jiwa dengan bisikan-bisikan kemaksiatan yang menggoda.

Yah, meskipun sebatas niat dan keinginan, ianya pun terhitung dosa. Itu kerana Anda berada pada maqam yang mewajibkan Anda untuk menjiwai keagungan dan kemuliaan Allah S.W.T. Seperti Allah memuliakan rumah-Nya dengan keistimewaan khusus terhadap amal kebaikan yang berlipat ganda, Ianya pun melihat besar kemaksiatan yang Anda lakukan di rumah-Nya. Oleh itu, ambil perhatian terhadap masalah ini.”

Sebelumnya, Ibn Katsir (n.d). Pg. 4/148) menyatakan pernyataan yang sama,

“Seperti kemaksiatan yang ganjarannya berlipat ganda di Tanah Haram dengan rahasia ayat (وَمَن يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍ بِظُلْمٍ نُّذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ), demikian pula dengan kemaksiatan yang berlaku di bulan-bulan Haram. Sesungguhnya dosa di bulan-bulan suci itu amatlah besar. Oleh itu, diyat (denda) yang diberlakukan kepada pelaku penjenayah pada bulan-bulan suci itu amatlah besar di mashab Syafi’i dan majoriti ulama. Contohnya orang membunuh di Tanah Haram atau membunuh sesiapa yang punya mahram.”

Yah, tafsir ini merupakan refleksi tajam dari kefahaman terhadap kandungan Q.S. Al-Haj, ayat: 25

(إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ الَّذِي جَعَلْنَاهُ لِلنَّاسِ سَوَاءً الْعَاكِفُ فِيهِ وَالْبَادِ ۚ وَمَن يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍ بِظُلْمٍ نُّذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ).

“Sesungguhnya (amatlah zalim) orang-orang yang kafir serta menghalangi manusia dari jalan Allah (agama Islam) dan dari memasuki Masjid Haram (Mekah) yang Kami jadikan ia tempat beribadat untuk seluruh umat manusia (yang beriman) samada yang tinggal menetap di situ atau yang datang berziarah dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang dilarang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya.”

Mungkin ada sesiapa dari pemerhati tafsir yang ingin bertanya, “Allah S.W.T telah mengancam orang-orang yang menghalangi manusia untuk memasuki Masjid Haram, namun ia mengulangi ancaman-Nya yang kedua kalinya di penggal akhir ayat tersebut (وَمَن يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍ بِظُلْمٍ نُّذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ). Makna apakah yang tersirat di balik gaya bahasa ancaman (tarhib) Qur’an ini?”

Dengan memahami nada tafsir Syekh Ibn Asyur (1984). Pg. 17/239) terhadap struktur gaya pemaknaan ayat di atas, disimpulkan bahwa Allah S.W.T sengaja membuka wacana lebih luas terkait dengan keistimewaan khusus Tanah Haram yang wajib dihormati semua pihak. Boleh jadi ada sesiapa yang beranggapan bahwa yang diharamkan hanyalah menghalangi manusia masuk Tanah Haram. Untuk mengelak sangkaan itu, perlu adanya struktur penyempurna (tadsyil) yang melengkapi wacana tersebut. Oleh itu, dengan struktur (وَمَن يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍ بِظُلْمٍ نُّذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ) Allah S.W.T mengingatkan bahwa bukan hanya jenayah tersebut yang terhitung sebagai dosa besar, tetapi kemusyrikan dan segala bentuk kemaksiatan yang dapat menodai kesucian Tanah Haram pun termasuk. Kerana itu, ayat ini ancaman khusus yang membuat ngeri orang-orang musyrik. Kerana dengan kemusyrikan, mereka memerangi tetamu Allah S.W.T dan mencegah mereka datang berziarah ke Masjid Haram.

Jika Anda bertanya, “kenapa Allah S.W.T bayar cash dosa-dosa yang dilakukan umat terdahulu berbanding umat Muhammad S.A.W?”

Pada hakikatnya setiap umat nabi-nabi Allah S.W.T dibagi waktu dan masa yang cukup untuk menemukan kebenaran sebelum diazab. Kerana umat Nabi Nuh A.S sebagai contoh tetap mengingkari dakwahnya meski mereka hidup bersama dengan Nabi Nuh A.S selama 950 tahun, mereka pun ditenggelamkan dalam banjir dahsyat yang sekali sahaja terjadi seumur dunia.

Semuanya ini terlukis indah dalam Q.S. Al-Ankabut, ayat 14 dan Q.S. Hud, ayat 40, 44:

(وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَى قَوْمِهِ فَلَبِثَ فِيهِمْ أَلْفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمْسِينَ عَامًا فَأَخَذَهُمْ الطُّوفَانُ وَهُمْ ظَلِمُونَ).

(حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَمْرُنَا وَفَارَ التَّنُّورُ قُلْنَا احْمِلْ فِيهَا مِنْ كُلٍّ زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ وَأَهْلَكَ إِلَّا مَنْ سَبَقَ عَلَيْهِ الْقَوْلُ وَمَنْ آمَنَ ۚ وَمَا آمَنَ مَعَهُ إِلَّا قَلِيلٌ ).

(وَقِيلَ يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاءُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِيِّ ۖ وَقِيلَ بُعْدًا لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ).

Oleh itu, tidak ada dalil Qur’an dan Sunnah yang mengatakan secara jelas bahwa dosa umat terdahulu dibayar cash dan umat Nabi Muhammad S.A.W tidak dibayat cash, hanya sahaja azab nabi Muhammad lebih ringan dibanding azab umat-umat terdahulu. Ini kembali kepada doa mustajab Rasulullah S.A.W yang meminta keringanan azab seperti yang diriwayatkan Shahih Muslim (n.d). Pg. 4/2216. No. Hadits: 2890:

عَامِرُ بْنُ سَعْدٍ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَقْبَلَ ذَاتَ يَوْمٍ مِنَ الْعَالِيَةِ، حَتَّى إِذَا مَرَّ بِمَسْجِدِ بَنِي مُعَاوِيَةَ دَخَلَ فَرَكَعَ فِيهِ رَكْعَتَيْنِ، وَصَلَّيْنَا مَعَهُ، وَدَعَا رَبَّهُ طَوِيلًا، ثُمَّ انْصَرَفَ إِلَيْنَا، فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (سَأَلْتُ رَبِّي ثَلَاثًا، فَأَعْطَانِي ثِنْتَيْنِ وَمَنَعَنِي وَاحِدَةً، سَأَلْتُ رَبِّي: أَنْ لَا يُهْلِكَ أُمَّتِي بِالسَّنَةِ فَأَعْطَانِيهَا، وَسَأَلْتُهُ أَنْ لَا يُهْلِكَ أُمَّتِي بِالْغَرَقِ فَأَعْطَانِيهَا، وَسَأَلْتُهُ أَنْ لَا يَجْعَلَ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ فَمَنَعَنِيهَا).

“Saya meminta tiga perkara dalam doaku kepada Allah, namun saya hanya dibagi 2 dari perkara itu dan yang satunya ditolak. Saya meminta Tuhanku untuk tidak menghancurkan umatku dengan kelaparan, Dianya pun mengabulkan. Kemudian saya meminta-Nya untuk tidak menghancurkan umatku dengan penenggelaman, Dianya pun menjawab, dan saya pun meminta-Nya untuk tidak menjadikan azab kehancuran mereka dengan saling bunuh-membunuh di antara mereka, namun Dianya menolak yang satu ini.”

Selain hadits ini, keringanan azab terhadap umat ini ditemukan di Sunan Abi Daud (2009). Pg. 6/334. No. hadits: 4278) dengan sanad yang lemah (di sanadnya terdapat al-Mas’udi, Abdurrahman bin Abdillah bin Atabah yang hafazan haditsnya bercampur aduk. Oleh itu, Imam Bukhari (n.d). Pg. 1/39) menyatakan bahwa penyakit (illat) hadits ini dari segi redaksi (matan) kerana ianya bercanggah dengan hadits shahih syafaat yang menyatakan bahwa di akhirat nanti ada kaum yang diazab, kemudian dikeluarkan kerana mendapat syafaat Nabi S.A.W).

Berikut ini hadits Abi Musa al-Asy’ari tersebut:

عَنْ أَبِي مُوسَى، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أُمَّتِي هَذِهِ أُمَّةٌ مَرْحُومَةٌ، لَيْسَ عَلَيْهَا عَذَابٌ فِي الْآخِرَةِ، عَذَابُهَا فِي الدُّنْيَا الْفِتَنُ، وَالزَّلَازِلُ، وَالْقَتْلُ».

Rasulullah S.A.W bersabda, “Umatku ini umat yang dirahmati, tidak ada azab bagi mereka di akhirat. Azab mereka di dunia adalah fitnah-fitnah, gempa bumi dan pembunuhan.”

Meskipun hadits ini terhitung lemah dari sudut sanad dan kandungan, namun sebagian isinya selari dengan kenyataan yang sedang menimpa umat ini.

Sadar akan fenomena azab umat ini dari gempa bumi yang terjadi di sana-sini, Said Nursi (2011). Pg. 1/196) mencoba menjawab soalan ini, “kenapa Allah S.W.T menurunkan cobaan-Nya kepada umat ini dengan gempa bumi, sementara mereka itu adalah fakir, kelaparan dan banyak di antara mereka yang pesakit?”

Jawabnya, “Jenayah besar akan diputuskan hukumannya di Mahkamah tingkat tinggi dan itu akan memakan masa yang cukup lama. Sementara putusan hukuman jenayah kecil akan diambil alih oleh Mahkamah Daerah. Demikian halnya dengan bahagian besar dari jenayah, kekufuran dan dosa-dosa besar orang kafir yang akan diputuskan di Mahkamah Agung di Padang Mahsyar nanti, sementara sebahagian dosa dan kesalahan orang beriman dibagi ganjarannya di dunia. Yang demikian itu berdasarkan hikmah Rabbani yang Maha Adil.”

Jika Anda bertanya, “kenapa musibah ini menimpa semua negeri, sementara musibah itu lahir dari perbuatan dosa atau kesalahan sebagian manusia sahaja”?

“Sesungguhnya majoriti manusia ikut serta bersama dengan kelompok kecil para penjenayah tersebut, sama ada secara fi’li (perbuatan), atau ikut serta di barisan mereka, atau mengikuti amaran mereka, atau menyetujui perbuatan mereka secara maknawi, sehingga ianya memberi sokongan terhadap sifat musibah itu yang berlaku secara global.” Jawab Said Nursi (2011). Pg. 1/196)

Jika Anda bertanya lagi, “kenapa dalam musibah global orang-orang beriman pun ikut terbabit, Dimanakah keadilan ilahi di sini?”

“Sesungguhnya dunia ini adalah tempat ujian dan cobaan, tempat sementara berjihad dan mengemban hukum taklif. Sementara itu, cobaan dan taklif menghendaki hakikat-hakikat ilahi tersembunyi dan tertutup supaya persaingan antara anak cucu Adam senantiasa tertanam di jiwa. Andai kata orang-orang beriman mestilah selamat dari setiap musibah, tentunya iman itu tidak akan pernah mengalami pasang surut dan tidak ada lagi perbezaan antara mukmin dan kafir. Bukan hanya itu, hajat untuk menaiktarafkan keimanan tidak diperlukan lagi.

Selain itu, di sana ada hikmah ilahi yang begitu agung. Harta-harta orang yang beriman meskipun hancur di dunia kerana musibah global, tetapi ianya pada hakikatnya kekal di akhirat di mizan amal mereka. Kehidupan mereka yang sifatnya sementara di dunia menjadi kekal secara maknawi kerana nilai syahadah (mati syahid) yang diperolehi. Kesimpulannya, musibah dan bencana umum bagi orang-orang beriman yang tidak bersalah merupakan jenis rahmat ilahi yang dikemas dalam bentuk azab pedih yang bersifat sementara, namun pada hakikatnya ianya sangat kecil dan enteng jika diukur dengan pahala kesabaran terhadap musibah tersebut.” Jawab Said Nursi (2011). Pg. 1/197)

Jika Anda bertanya, “Benarkah dosa yang dilakukan di tanah suci dibayar secara cash berbanding di tempat lain?”

Tidak ada dalil khusus yang mengatakan bahwa dosa yang dilakukan di Tanah Suci Mekah-Madinah akan dibayar cash oleh Allah. Namun jika ada kes-kes yang berlaku demikian, ilmu dan hikmahnya kita kembalikan kepada Allah S.W.T. Hanya Dialah yang tahu perkara tersebut. Boleh jadi kerana orang yang dibayar cash dosanya ini telah menginjak-injak kehormatan kota suci Allah S.W.T dari kemusyrikan, jenayah yang mengganggu ketentraman jemaah haji dan dosa-dosa besar seperti azab Allah S.W.T terhadap Abraha dan pasukan gajahnya yang ingin menghancurkan Ka’bah.

Oleh itu, ayat yang terkait rapat denga soalan ini (وَمَن يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍ بِظُلْمٍ نُّذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ) pun tidak menyatakan bahwa azab akan datang dengan segera bagi yang melakukan kezaliman di Tanah Haram. Hanya saja dengan rahasia (نُّذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ) difahami bahwa Azab Allah S.W.T pasti akan datang bagi para penjenayah yang tidak bertaubat, cepat atau lambat, di dunia atau di akhirat.

Demkianlah kupasan kami dari soalan-soalan di atas yang terkait dengan nilai-nilai keadilan di balik azab Allah. Semoga ianya bermanfaat dan menjadi amal baik bagi penulis dan pembaca yang memahami dan mengamalkannya. Amin, والله أعلم.

Referensi:

Alquran.

Abu Daud, Sulaeman bin al-Asyats. (2009). Sunan Abi Daud. Tahkik Syuaed al-Arnauth dan Muhammad Kamil. 1st edisi. Dar ar-Risalah.

Ahmad bin Muhammad bin Hanbal. (2001). Musnad al-Imam Ahmad. Tahkik Syuaeb al-Arnauth dan Adil Mursyid. 1st edisi. Beirut: Muassasah ar-Risalah.

Al-Azraqi, Muhammad bin Abdillah. (n.d). Akhbār Mekah wa Ma Ja’ā Fihā Min al-Ātsār. Tahkik Rusydi as-Shalih. Beirut: Darul Andalus.

Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. (1422 H). Shahih al-Bukhāri. Tahkik Muhammad Zuhair bin Nashir. 1st edisi. Dar Thawq an-Najah.

Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. (n.d). At-Tārīkh al-Kabīr. Khaedar Abad: Dairah al-Maarif al-Utsmaniyah.

An-Nawawi, Yahya bin Syaraf. (1392 H). Al-Minhaj Syarhu Shahih Muslim. 2nd edisi. Beirut: Dar Ihya’ li at-Turats.

An-Nawawi, Yahya bin Syaraf. (n.d). al-Majmu’ Syarh al-Muhadssab. Beirut: Darul Fikr.

An-Nawawi, Yahya bin Syaraf. Tahdsīb al-Asmā’ wa al-Lughāt. Beirut: Darul Kutub Ilmiyah.

Ibn Abi Hatim, Abdu ar-Rahman bin Muhammad. (1419 H). Tafsir al-Qur’an al-Adshim. Tahkik As’ad Muhammad at-Thayyib. Maktabah Nazzar Musthafa al-Baz.

Ibn Katsir, Ismail bin Katsir. (1999). Tafsir Ibn Katsir. Tahkik Sami bin Muhammad Salamah, 2nd edisi. Cairo: Dar Tayyibah.

Ibn Qayyim al-Jauziyah, Muhammad bin Abu Bakr. (1997). Ahkām Ahli Dsimmah. Tahkik oleh Yusuf Ahmad al-Bakri dan Syakir bin Tawfiq al-Aruri. 1st edisi. Damam: Ramadi li an-Nasyr.

Muhammad bin Ya’qub al-Faeruz Abâdî. (1980). Al-Qâmûs al-Muhît. 1st edisi. Cairo: al-Haeah al-Masriyyah lil Kitab.

Muhammad Mutawalli as-Sya’rawi. (n.d). Tafsir as-Sya’rawi. Cairo: Mathābi’ Akhbār el-Yom.

Muslim bin al-Hajjaj. (n.d). Shahih Muslim. Tahkik Muhammad Fuad Abdul Baqi. Beirut: Dar Ihya li at-Turats.

Said Nursi. (2011). Al-Kalimāt. Tahkik Ihsan Qasim. 6th edisi. Cairo: Sozler Publication.

Said Nursi. (2011). Al-Lamaāt. Tahkik Ihsan Qasim. 6th edisi. Cairo: Sozler Publication.

Shafiyurahman al-Mubarakfuri. (1426 H). Sejarah Mekah. Riyadh: Darus Salam.

Redaktur: Deasy Lyna Tsuraya

 

About the author

More posts by admin

 

0 Komentar

Kamu dapat menjadi yang pertama yang meninggalkan komentar.

Tinggalkan sebuah komentar